Thursday, August 5, 2010

Bukan pesta makan




Ramadhan datang lagi! Ramai yang tak sabar menantikan hari mula berpuasa yang tinggal tak berapa hari lagi. Bulan yang suci ini banyak makna nya pada ramai orang. Ada yang tak sabar nak melalui bulan Ramadhan sebagai satu peluang keemasan utk membuat perubahan baru pada diri sendiri utk kembali kepada fitrah, dengan mendekatkan diri pada Illahi, bertaubat utk menebus dosa2 lama, dengan membuat amalan2 yang baik sepanjang sebulan berpuasa. Ramai pulak yang mengambil kesempatan di bulan Ramadhan dengan menceburkan diri dalam alam perniagaan, tak kira la berniaga ape, terutama dalam menjual juadah buka puasa, yang dikatakan akan mengaut keuntungan berganda2 dari bulan2 yang lain. Sekarang pulak, seperti sudah menjadi satu trend, bulan Ramadhan sebagai pesta makan besar2an. Bazar juadah Ramadhan bersepah tumbuh bagai cendawan, menggamit pengunjung utk melepaskan hawa nafsu makan mereka, dengan menghidangkan berbagai juadah. Bersaing sengit dengan pihak2 hotel yang menawarkan bufet Ramadhan, yang sasaran nya ialah pihak2 korprat dan tak kurang juga jabatan2 kerajaan sekarang ni.





Tapi cuba kita fikirkan apa sebenarnya tujuan kita di wajibkan berpuasa? Adakah kita berpuasa supaya kita dapat menikmati hidangan berbuka puasa dengan makanan2 yang lebih enak lagi?








Allah wajibkan kita berpuasa agar kita boleh mengawal nafsu makan, minum dan bersetubuh di siang hari dan juga utk tujuan kesihatan. Supaya kita dapat mendidik rohani, jasmani, budi pekerti dan nafsu kita supaya menjadi orang yang lebih sabar/tabah, sentiasa bersyukur dan menilai diri kita semula yang selama ni sibok dengan urusan tiap2 hari. Tanpa kawalan nafsu, kita akan terpesong jauh dalam mengejar harta kekayaan, kuasa, pangkat dan nama, dimana ia nya akan mendorong kita melakukan maksiat dan larangan Allah.







Bila kita taksub dengan nafsu makan pulak, setelah berbuka puasa, kita tak dapat nak membuat amal ibadah utk menghidupkan malam puasa di bulan yang suci ini. Tersadai la kita kekenyangan macam ular lepas makan besar! Siapa yang akan rugi....kita jugak! Kerana tak dapat menefaatkan bulan yang mulia ini dengan amalan2 seperti bertadarus, berterawih dan sebagai nya. Perlu jugak kita menahan nafsu pancaindera terutama dalam pergaulan kita seharian dengan keluarga, jiran dan kawan2 sepejabat, dari mengumpat, memaki hamun, keje mengeji, dan bukan setakat menahan lapar dan dahaga je. Jangan jadikan puasa sebagai rutin berpuasa di bulan Ramadhan je tanpa membuat amalan2 yang akan memberi fadilat yang telah dijanjikan oleh Allah. Selamat menyambut puasa agar kita dapat beramal dan diberkati amalan2 kita nanti..insyaAllah!








UMAT ISLAM DI MALAYSIA, JANGAN JADIKAN BULAN RAMADHAN SEBAGAI PESTA MAKAN!













No comments:

Post a Comment