Tapi cuba kita fikirkan apa sebenarnya tujuan kita di wajibkan berpuasa? Adakah kita berpuasa supaya kita dapat menikmati hidangan berbuka puasa dengan makanan2 yang lebih enak lagi?
Allah wajibkan kita berpuasa agar kita boleh mengawal nafsu makan, minum dan bersetubuh di siang hari dan juga utk tujuan kesihatan. Supaya kita dapat mendidik rohani, jasmani, budi pekerti dan nafsu kita supaya menjadi orang yang lebih sabar/tabah, sentiasa bersyukur dan menilai diri kita semula yang selama ni sibok dengan urusan tiap2 hari. Tanpa kawalan nafsu, kita akan terpesong jauh dalam mengejar harta kekayaan, kuasa, pangkat dan nama, dimana ia nya akan mendorong kita melakukan maksiat dan larangan Allah.
Bila kita taksub dengan nafsu makan pulak, setelah berbuka puasa, kita tak dapat nak membuat amal ibadah utk menghidupkan malam puasa di bulan yang suci ini. Tersadai la kita kekenyangan macam ular lepas makan besar! Siapa yang akan rugi....kita jugak! Kerana tak dapat menefaatkan bulan yang mulia ini dengan amalan2 seperti bertadarus, berterawih dan sebagai nya. Perlu jugak kita menahan nafsu pancaindera terutama dalam pergaulan kita seharian dengan keluarga, jiran dan kawan2 sepejabat, dari mengumpat, memaki hamun, keje mengeji, dan bukan setakat menahan lapar dan dahaga je. Jangan jadikan puasa sebagai rutin berpuasa di bulan Ramadhan je tanpa membuat amalan2 yang akan memberi fadilat yang telah dijanjikan oleh Allah. Selamat menyambut puasa agar kita dapat beramal dan diberkati amalan2 kita nanti..insyaAllah!
UMAT ISLAM DI MALAYSIA, JANGAN JADIKAN BULAN RAMADHAN SEBAGAI PESTA MAKAN!
