Friday, April 30, 2010

Solat Duha

Sentiasa la berdoa sambil beramal ibadat kepada yang Esa bukan setakat kerana berhajat kepada sesuatu saje tetapi kerana kita bersyukur atas nikmat yang Allah telah di anugerahkan. Allah sentiasa melimpahkan kasih sayang Nya pada umat tak kira darjat atau pangkat dunia. Pintu taubat sentiasa terbuka untuk umat Nya. Hendaklah kita yakin dan betul2 insaf dan menyerah diri kepada Dia yang Maha Berkuasa apabila kita berdoa.
Amalkan mengerjakan solat Duha tiap2 hari sebagai amalan rutin, insyaAllah kita akan merasai segenap tubuh dan perasaan akan menikmati kemanisan, perasaan aman damai dan nyaman tanpa keluh kesah dan di permudahkan segala urusan. Doa Duha itu bukan setakat memohon rezki yang melimpah tapi jugak memohon perlindungan, dipermudahkan segala urusan.
Waktu Duha memang panjang. Bermula dari matahari naik dalam lebih kurang pukul 8 pagi hingga la bila matahari berada tepat di tengah langit ia itu pada 12 tengahari sebelum waktu zohor. Cuba la buat pasti anda akan merasai nikmat nya.
Maksud doa Duha:
Ya Allah, sesungguhnya waktu Duha itu ialah waktu Duha Mu
kemegahan ini ialah kemegahan Mu,
keindahan ini ada lah keindahan Mu,
kekuatan itu ialah kekuatan Mu,
kekuasaan itu ialah kekuasan Mu
dan perlindungan itu ialah perlindungan Mu.
Ya Allah sekiranya rezki ku masih di langit, turunkan lah,
jika berada di perut bumi, Kau keluarkan lah,
jika sukar, mudahkan lah,
jika masih haram, Kau halalkan lah,
jika jauh, Kau dekatkan lah
dengan berkat waktu Duha, kemegahan, keindahan,
kekuatan, kekuasaan
dan perlindungan Mu.
Limpahkan lah kepada kami sebagaimana yang telah Kau limpahkan kepada para hamba Mu yang soleh...
Mudah2an solat Duha yang diamalkan secara berterusan merupakan cara kita mengucap syukur atas nikmat yang diberi Allah. Amin!

Wednesday, April 28, 2010

Jom Lepak

Pak Abas ni suka melepak sejak dah pencen ni. Dah single mingle balik. Jantung hati Pak Abas lama dah tinggalkan kanda dia sorang2 menyahut penggilan Illahi...Apa nak buat dah takdir. Jadi tinggal la Pak Abas ngan anak yang bongsu anak teruna yang masih belum berumah tangga.
Bila dah sorang ni, dah la pencen, masa tu memang banyak la dalam satu hari. Mula2 dulu memang selalu duk termenung sana termenung sini mengenangkan nasib...tapi sampai bila kan nak macam tu. Jadi muhasabahkan diri dan buat ape yang patut utk meneruskan hidup ini tanpa isteri tersayang. Nak kawin lagi? Hmmmm..ngtah ler. Tak larat dah kot. Bila penyakit dah datang berkunjung, tenaga dah takde....Kawan2 tu ramai la jugak sekadar nak berbual, bergurau senda dan bertukar fikiran. Kalau sunyi2 tu pegi la Pak Abas melawat anak2 yang lain menjenguk cucu2.
Ni pun anak bongsu yang tolong tunjuk ajar konon2 nak berbelog...mengisi waktu lapang selain dari ke mesjid. Tak tau sampai bila boleh nak berbelog ni. Ape bende nk cerite pun tak tau lagi...